<< copy paste >>
Cerita Menjemput Rezeki
===================
===================
Di ceritakan kepada saya satu kisah yang berlaku. Dalam satu ceramah agama, Bila diajarkan amalan 40 hari menjadi kaya dalam satu kuliah, ada seorang wanita datang kepada ustaz dan bertanya setelah kuliah tamat. " benarkah ustaz yakin dengan amalan ini boleh menjadi kaya dalam 40 hari ". Ustaz tu tersenyum..
"Macam ni ustaz, saya seorang graduan tetapi sudah bertahun saya tidak dapat kerja dan hanya bekerja sebagai seorang guru di sebuah tadika dengan bergaji RM600 sebulan. Saya nak mencari rezeki yang lebih ustaz " kata wanita itu kepada ustaz yang memberi ceramah itu.
" ikutlah amalan yang telah diajar tadi, sembahyang malam, solat 5 waktu bila sampai waktunya dan bersedekah. berapa gaji yang awak mahukan ?. lakukan dengan ikhlas ". kata ustaz itu tadi kepada wanita itu.
" baiklah ustaz, saya akan lakukan. saya akan sedekahkan dua bulan gaji saya berturut-turut. mudah-mudahan termakbul impian saya. saya kalau boleh nak jadi pengurus tadika itu pun jadilah, ditempat lain pun tak pa. gajinya 2 kali ganda dengan apa yang saya dapat sekarang."
moga dipermudahkan ..
.
.
.
dua bulan kemudian wanita itu bertemu semula dengan ustaz tersebut. ditanya oleh ustaz, " bagaimana sudahkan dapat apa yang anda hajatkan, adakah anda sudah buat apa amalan 40 hari menjadi kaya".
.
.
dua bulan kemudian wanita itu bertemu semula dengan ustaz tersebut. ditanya oleh ustaz, " bagaimana sudahkan dapat apa yang anda hajatkan, adakah anda sudah buat apa amalan 40 hari menjadi kaya".
wanita itu berkata " saya sudah lakukan semuanya ustaz dengan seikhlas hati. namun saya masih menjadi pembantu pengajar seperti dulu hingga sekarang".
ustaz " ooohh mungkin belum rezekinya "
wanita itu tersenyum dan berkata " saya dapat lebih besar dari apa yang saya mahukan ustaz. saya mahukan gaji saya dinaikkan RM1200 sahaja tetapi saya dapat pendapatan saya bertambah RM6600 mulai bulan depan ".
..
.
.
.
Ustaz itu bertanya " bagaimana ianya terjadi ?"
.
.
.
Ustaz itu bertanya " bagaimana ianya terjadi ?"
Wanita itu menyambung ceritanya
" pertama , saya minta gaji saya di naikkan RM1200 tetapi saya dapat RM6600 kerana saya dilamar oleh seorang pemuda. beliau bergaji RM6000 sebulan sebagai seorang jurutera. Alhamdulilah . bulan depan kami nikah .
kedua, saya minta moga saya dinaikan pangkat menjadi pengurus tadika, tetapi saya dapat lebih dari itu kerana saya dilamar oleh anak kepada majikan saya. dan majikan saya mengatakan yang tadika yang saya bekerja sekarang akan diserahkan kepada saya setelah saya berkhawin nanti. dia sudah uzur. saya bukan sahaja naik pangkat tetapi Allah berikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka."
wanita itu benar-benar mensyukuri akan nikmat yang diberikan.
adakah anda mahu lagi cerita menjemput rezeki ..like dan share kepada semua sahabat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan