Sila Klik sini

Ahad, 23 November 2014

Minyak Ikan Tulen

Dah nak hujung-hujung barulah ada kesempatan update pasal Omegaguard ni... Alkisahnya macam2 yg berlaku...demam dan selsema ditambah batuk dan sedikit rasa sesak sebab kahak pekat...agaknya memang sesuai dengan promo bulan ni Omegaguard... tapi kehabisan Omegaguard dan belum kunjung tiba setelah dioder ( dah lambat oder) maka untuk melegakan rasa perit batuk ni ambil jelah madu asli yg dibeli di kaki tanah tinggi Cameron Highland...lega juga rasanya sementara menanti yg di oder sampai... Omegaguard ni memang banyak kelebihannya ...

 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee 
 1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
 2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
 3. Mencegah salur darah dari tersumbat
 4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
 5. Mengekalkan tekanan normal darah
 6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
 7. Mengurangkan sakit kepala
 8. Merendahkan kolestrol
 9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
 10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
 11. Mengawal masalah obesiti
 12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
 13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
 15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
 17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
 18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
 19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
 20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
 21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
 23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
 24. Mencegah penyakit gout

 Omegaguard diperlukan oleh golongan :

 1. Warga Emas
 2. Pesakit Jantung
 3. Wanita
 4. Wanita yang telah melahirkan anak
 5. Pesakit darah tinggi
 6. Orang yang selalu lupa
 7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
 8. Pelajar
 9. Ibu menyusu
 10.Ibu Hamil
 11.Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus Saya golongan yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus sebab tu saya pilih Omegaguard Shaklee



Isnin, 17 November 2014


<< copy paste >>
Cerita Menjemput Rezeki
===================
Di ceritakan kepada saya satu kisah yang berlaku. Dalam satu ceramah agama, Bila diajarkan amalan 40 hari menjadi kaya dalam satu kuliah, ada seorang wanita datang kepada ustaz dan bertanya setelah kuliah tamat. " benarkah ustaz yakin dengan amalan ini boleh menjadi kaya dalam 40 hari ". Ustaz tu tersenyum..
"Macam ni ustaz, saya seorang graduan tetapi sudah bertahun saya tidak dapat kerja dan hanya bekerja sebagai seorang guru di sebuah tadika dengan bergaji RM600 sebulan. Saya nak mencari rezeki yang lebih ustaz " kata wanita itu kepada ustaz yang memberi ceramah itu.
" ikutlah amalan yang telah diajar tadi, sembahyang malam, solat 5 waktu bila sampai waktunya dan bersedekah. berapa gaji yang awak mahukan ?. lakukan dengan ikhlas ". kata ustaz itu tadi kepada wanita itu.
" baiklah ustaz, saya akan lakukan. saya akan sedekahkan dua bulan gaji saya berturut-turut. mudah-mudahan termakbul impian saya. saya kalau boleh nak jadi pengurus tadika itu pun jadilah, ditempat lain pun tak pa. gajinya 2 kali ganda dengan apa yang saya dapat sekarang."
moga dipermudahkan ..
.
.
.
dua bulan kemudian wanita itu bertemu semula dengan ustaz tersebut. ditanya oleh ustaz, " bagaimana sudahkan dapat apa yang anda hajatkan, adakah anda sudah buat apa amalan 40 hari menjadi kaya".
wanita itu berkata " saya sudah lakukan semuanya ustaz dengan seikhlas hati. namun saya masih menjadi pembantu pengajar seperti dulu hingga sekarang".
ustaz " ooohh mungkin belum rezekinya "
wanita itu tersenyum dan berkata " saya dapat lebih besar dari apa yang saya mahukan ustaz. saya mahukan gaji saya dinaikkan RM1200 sahaja tetapi saya dapat pendapatan saya bertambah RM6600 mulai bulan depan ".
..
.
.
.
Ustaz itu bertanya " bagaimana ianya terjadi ?"
Wanita itu menyambung ceritanya
" pertama , saya minta gaji saya di naikkan RM1200 tetapi saya dapat RM6600 kerana saya dilamar oleh seorang pemuda. beliau bergaji RM6000 sebulan sebagai seorang jurutera. Alhamdulilah . bulan depan kami nikah .
kedua, saya minta moga saya dinaikan pangkat menjadi pengurus tadika, tetapi saya dapat lebih dari itu kerana saya dilamar oleh anak kepada majikan saya. dan majikan saya mengatakan yang tadika yang saya bekerja sekarang akan diserahkan kepada saya setelah saya berkhawin nanti. dia sudah uzur. saya bukan sahaja naik pangkat tetapi Allah berikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka."
wanita itu benar-benar mensyukuri akan nikmat yang diberikan.
adakah anda mahu lagi cerita menjemput rezeki ..like dan share kepada semua sahabat lain.